Sunday 11 March 2012

Sifat Dan Ciri Buah Manggis


BUAH MAGGIS
Buah manggis amat berkhasiat terutama di bahagian kulit dalam manggis dan biji buah manggis. Secara tradisi kulit manggis dilumat dan digunakan untuk merawat penyakit seperti Malaria, TB, penyakit kulit, cirit-birit dan dysentry. Di Thailand buah manggis dijemur dan dikeringkan untuk membuat bahan kosmetik seperti syampu, sabun untuk menghaluskan kulit dan mencegah penyakit kulit.                                             Kulit manggis mempunyai pewarna/getah yang sukar hilang sekiranya terkena baju.Pigmennya yang keungu-unguan juga telah digunakan sebagai satu bahan pewarna.Buah manggis mempunyai kulit tebal yang tidak boleh dimakan dan mempunyai isi yang putih dan manis. Kulit manggis mempunyai pewarna/getah yang sukar hilang sekiranya terkena baju.
Kulit buah manggis agak keras dan dengan garispusat 4-6 cm. Buah manggis terdiri daripada isi warna putih yang berukur garis pusat 3-5 cm. Bergantung kepada saiz dan masak, ia mungkin berbiji.Rasa manggis boleh dibandingkan dengan strawberi putik dengan rasa-rasa manis limau. Buah manggis jarang dijual di negara Barat kecuali di kedai runcit Asia. Kulit manggis menghasilkan warna merah, dan amat sukar ditanggalkan.Manggis dibuka dengan mengopek bukannya dipotong. Buah manggis dipegang dengan kedua belah tangan, ditekan perlahan-lahan sehingga kulitnya terbelah. Selepas itu, ia mudah untuk membuka dan mengambil isinya.Walaupun ia sudah tertanam beribu-ribu tahun, buah manggis tidak dikenali di kebanyakan tempat di dunia. Lazimnya ia ditanam di tenggara Asia dan tempat lain beriklim tropika, rasanya memang tiada bandingan. Mengandungi kulit berwarna ungu tua dan memiliki isi berwarna putih yang manis, Saiznya pula seakan sebiji oren.

No comments:

Post a Comment